Peta Laman | Maklumbalas / Komen Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 AAA
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Sarikei
Pautan ke RSS Berita Pautan ke RSS Aturcara Kemaskini Pada: 20 Mei 2013
Versi 4.3.2
SYARAT DAN KONDISI | PROVASI | KESELAMATAN | PENAFIAN | NOTIS HAK CIPTA | SOALAN LAZIM

 
Carian
 

NOTIS SEBUT HARGA/ TENDER

Tiada Notis Projek


STATISTICS
online visitor Pelawat Dalam Talian 3
total visitor Jumlah Pelawat 36374
  LAGI...

NEWSLETTER



SOAL SELIDIK
Adakah anda berpuashati dengan laman web kami?

LAGI...

Picture


Menarik di Bahagian Sarikei Cetak Menarik di Bahagian Sarikei

Picture

1.0 TEMPAT PELANCONGAN & REKREASI

Keindahan lanskap bandar Sarikei adalah daya tarikan Bahagian ini yang turut diharmonikan dengan tujuh buah taman iaitu Taman Tasek, Taman Rimba Sebangkoi, Taman Tebingan Sungai, Taman Milenium, Taman Tebingan Sungai Nyelong, Taman Merdeka dan Taman Lalulintas.

 

Taman Rimba Sebangkoi

Kawasan seluas 13 hektar ini merupakan kawasan yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan lari dari tugas harian. Di sini terdapat air sungai yang bersih lagi jernih, air terjun, hijauan pokok-pokok dan udara yang segar. Terdapat kemudahan awam seperti taman kanak-kanak, jambatan kayu, rumah tumpangan serta tandas. Tempat ini sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga dan ianya terletak 25 km daripada pusat bandar.

 

Picture

 

Taman Tasik Sarikei

Terletak lebih kurang 1 km dari pusat bandar, anda akan dapati taman ini menarik dengan kolam ikan, burung layang-layang yang berterbangan dan pemandangan yang indah. Sesuai untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan.

 Picture



Air Terjun Pala Munsoh

Berlatarbelakangkan alam semulajadi, ianya sesuai untuk aktiviti "Jungle Trekking" dan mandi-manda. Terletak lebih kurang 45 minit perjalanan darat daripada Bandar Sarikei dan 45 minit berjalan kaki dari rumah panjang terdekat, ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.

 Picture



Lumbong Rentap

Ia merupakan salah satu kesan peninggalan sejarah berkaitan Pahlawan Rentap. Untuk sampai ke Bukit Sibau (lokasi Lumbong), anda perlu meneruskan perjalanan ke Pekan Pakan dan menuju ke Ulu Wuak yang mengambil masa satu hari. Amat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.

 

Picture

 

Selain itu, Sarikei juga mempunyai Pusat Istirehat dan Rekreasi dan Pusat Komersil (Rest & Recreation & Commercial Centre) RRCC Sebangkoi yang serba lengkap, merupakan satu tempat persinggahan strategik sepanjang jalan Pan-Borneo.

 

2.0 JALAN-JALAN CARI MAKAN

Bahagian Sarikei mempunyai keunikan makanan yang wajib dicuba oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Daerah Sarikei : Roti Bakar Ai Seng

Daerah Meradong : Tumpik Bintangor

Daerah Julau : Mee Ikan Baong

Daerah Pakan : Pansuh

Picture

 

 
|

Pautan ke KERAJAAN SARAWAKPautan ke KETUA MENTERI SARAWAKPautan ke KERAJAAN SARAWAKPautan ke KERAJAAN SARAWAK